Thursday 12 January 2012

Pentingnya Memberi Salam




Nabi saw bersabda:

والَّذِيْ نَفْسِيْ بِيَدِهِ لاَ تَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوْا وَلاَ تُؤْمِنُوْا حَتَّى تَحَابُّوْا، أَوَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلىَ شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوْهُ تَحَابَبْتُمْ؟ أَفْشوا السَّلاَم بَيْنَكُمْ – رواه مسلم

Maksudnya: ‘Demi Allah yang diriku berada dalam genggamanNya, kamu tidak masuk syurga selagi kamu tidak beriman, dan kamu tidak dianggap beriman selagi kamu tidak berkasih sayang, mahukah kamu aku ajarkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya akan membawa kasih sayang di antara kamu ? Tebarkanlah salam sesama kamu’.

Dalam hadis yang lain nabi saw bersabda:

يا أيها الناس، أفشوا السلام، وأطعموا الطعام، وصلوا الأرحام، وصلوا والناس نيام، تدخلوا الجنة بسلام – رواه ابن ماجه

Maksudnya: ‘Wahai manusia, tebarkanlah ucapan salam, berikanlah makan (kepada orang yang memerlukan), hubungkanlah silaturrahim, solatlah di waktu malam tatkala orang lain sedang tidur, kelak kamu akan masuk syurga dengan sejahtera’.

Marilah sama-sama kita renungkan betapa besarnya fadhilat mengucapkan salam. Mengucapkan salam merupakan di antara sebab yang memungkinkan seseorang itu memasuki syurga Allah yang diimpi-impikan. Akan tetapi, amat malang sekali apabila kita dapati dewasa ini ramai di antara umat Islam yang memandang remeh tentang ucapan salam ini lantas meringan-ringankannya, sedangkan pahala di sisi allah bagi orang yang mengucapkan salam amatlah besar. Justeru, janganlah kita tergolong dalam orang yang rugi, sebaliknya sama-samalah kita berusaha untuk merebut peluang yang disediakan oleh Allah ini dengan kita mengucapkan salam kepada sesiapa sahaja sama ada kepada orang yang kita kenali atau pun tidak, dan kepada orang kaya mahu pun miskin. Ucapkanlah salam dengan penuh keikhlasan dan dengan ucapan yang betul agar kita benar-benar dapat mengambil manfaat daripada salam yang diucapkan. Janganlah kita menjadi seperti sesetengah orang yang juga mengucapkan salam, tetapi sekadar mengucapkannya ibarat melepaskan batuk ditangga iaitu dengan tiada kesungguhan, tiada keikhlasan dan ucapan salam yang tidak betul dan tepat mengikut makhrajnya. Oleh kerana ingin cepat, ada yang sekadar menyatakan ‘samaikum’, samakum’, ‘haikum’, hakum’ dan sebagainya. Apa ertinya ucapan-ucapan ini yang langsung tidak mengandungi ucapan salam sebagaimana yang dikehendaki oleh syara’. Bukannya susah untuk kita mengucapkannya dengan betul iaitu sekurang-kurangnya ‘assalamu ‘alaikum’. Oleh kerana ucapan salam yang telah diucapkan sebelum ini tidak bertepatan dengan kehendak syara’, maka kita dapati ucapan tersebut tidak membawa apa-apa makna, serta tidak dapat menjalinkan kasih sayang di antara sesama muslim.

Friday 19 August 2011

Hadith

Barang siapa yang menyembunyikan
ilmu akan diberikan tali pinggang
dari api neraka kelak (hari akhirat).


sya x ingt hadith dpd siapa....

Kegagalan


harap anda baca!!

MAKNA KEGAGALAN


Kegagalan bermakna aku kecewa
kegalan bermakna aku akan malu
kegagalan bermakna aku akan menangis
kegagalan bermakna aku dikeji, dicaci, dihina
kegagalan bermakna aku rendah diri
kegagalan bermakna aku hilang kawan baik

kegagalan bermakna hati ibu ayah akan remuk
kegagalan bermakna ibu ayah malu, tebal muka
kegagalan bermakna ibu ayah mengalir air mata
kegagalan bermakna ibu ayah disindir
kegagalan bermakna ibu ayah rendah diri,
kegagalan bermakna ibu ayah hindar diri

Tidak mengapa gagal jika aku telah.....
...berusaha bersungguh-sunguh
...merancang secara teliti
...buat sehabis baik untuk diriku.

Kejam sungguh aku jika memilih kegagalan
aku pasti gagal jika....
....tidak fokus semasa belajar
....suka main-main semasa belajar
....tidah menghormati guru
....tidak ulangkaji pelajaran
....lebihkan main dari belajar

trima kasih kerna baca.....:)

sahabat sejati






bila anda ingin mencari sahabat..pastikan dia memeliki ciri2 sbg berikut utk mnjadi sahabat sejati anda ;

1. Selalu ada disaat kita memerlukan
2. Selalu setia....baik susah mahupun senang
3. Menghiburkan kita ketika sedih
4. Menolong kita smsa susah
5. Selalu memberikan yg terbaik untuk temannya
6. Tidak pernah mengharapkan balasan
7. Saling berbagi dan saling memberi
8. Selalu memberi dukungan
9. Tidak Berkhianat

Bagi yg punya sahabat sejati pertahankanlah,
karna persahabatan melebihi segalanya... :)

ASSASSIN'S CREED 3


Diantara game2 yg tlh sya main....game inilah yg pling saya suka hahx..saya lbih suka main game jenis advance n action..saya ska akan kebolehan assassin's ini..hahx..sya cdngkan kpd anda spya try main game nie...jka ada msa trluag.......:)